Penampang District Council | Majlis Daerah Penampang

Perutusan Pengerusi Majlis

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Penampang.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pengurusan MDPPG di atas penyediaan perkhidmatan Laman Web yang baru dan ditambahbaik. Tujuan pengujudan laman web rasmi ini adalah untuk kemudahan dan keselesaan para pelanggan serta warga Daerah Penampang, penyediaan laman web ini berperanan sebagai saluran informasi dan sebagai rujukan kepada masyarakat terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh MDPPG. 

Pelawat-pelawat boleh melayari Web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan fungsi-fungsi utama, perkhidmatan yang diberikan dan aktiviti-aktiviti Majlis dengan cepat dan tepat. Dasar-dasar, polisi, dan Undang-Undang Kecil juga turut dimuatnaik ke dalam laman web ini bagi memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung dengan kuasa-kuasa Majlis Daerah Penampang sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, panduan-panduan permohonan lesen dan permit, permohonan kelulusan Pelan Pembangunan dan Pelan Bangunan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain juga boleh didapati dalam Laman Web ini. 

Maklumat terkini berkenaan program-program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan semasa juga akan dipamerkan dan pihak Majlis juga mengalu-alukan idea-idea konstruktif dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan Laman Web ini untuk kebaikan bersama dimana pihak Majlis juga boleh meningkatkan integriti dan produktiviti dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada seluruh masyarakat yang tinggal di daerah Penampang.   

Sebagai penutup kata, selamat melayari Laman Web MDPPG dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pelawat bolehlah memajukannya melalui Laman Web ini untuk tindakan kami. Justeru itu, saya menyeru kepada semua warga Majlis Daerah Penampang untuk terus memberikan sokongan padu dan sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing kepada pihak MDPPG bagi mencapai visi dan misi Majlis membangunkan Daerah yang Bersih, Indah, Harmoni dan Maju. 

Sekian daripada saya. 

Pengerusi Majlis
Puan Lovita Koisun

 

Read More

Pengumuman

View All

Masa Pembukaan Counter Pembayaran Majlis Daerah Penampang

Isnin -  Rabu: 8.00am - 3.30 pm,
Jumaat: 8.00am -11.30am , 2.00pm- 3.30 pm.
Sabtu / Ahad / Cuti Umum: TUTUP

Read More

CSR

View All

Aktivity CSR kedua

Malay Malay

Acara CSR MDP 1

Tarikh: 1/12/2015

Masa: 10.00 am - 3.00pm

Tempat: Wisma Kinsabina

Read More

Maklumat Daerah Penampang

Daerah Penampang mempunyai banyak kawasan pelancongan dan tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati. Antaranya adalah Perkampungan Tradisi Monsopiad, Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-Dua Petagas, Tugu Peringatan Tun Datuk Hj. Mustapha pusat perkelahan Tinukadan dan Gunung Emas Highland Resorts.

  • Keluasan Daerah Penampang adalah 178.948 batu persegi.
  • Jumlah Penduduk : 137,002 orang (Lelaki : 69,418 orang, Perempuan : 67,584 orang).
  • Maklumat daripada Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia tahun 2000.
  • Keluasan Kawasan Percukaian Majlis adalah 5,695 ekar (2,304.71 hektar)

Letak Daerah Penampang yang tidak jauh dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu, adalah menjadi kelebihan daerah ini menjadi tumpuan pelancong yang berminat mengetahui etnik Budaya Kadazandusun

Hubungi Kami

  • Alamat Pejabat

    Wisma Majlis Daerah Penampang
    Lorong Dewan Masyarakat Tun Fuad
    Jalan Penampang-Tambunan
    89500 Penampang
  • Alamat Pos

    Peti Surat 80, 89507 Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
  • Nombor Telefon

    088-711711 | 088-711712 | 088-711713 | 088-711538

Kawasan Menarik di Daerah PenampangView All

Tamu Donggongon

Tamu Donggongon telah diiktiraf sebagai tamu terbaik di Sabah. Jualan utama di tamu ini adalah hasil-hasil pertanian daripada penduduk kampung dari daerah Penampang dan juga luar daerah. Tamu ini dibuka pada hari Rabu sehingga hari Jumaat setiap minggu. Dianggarkan beribu orang dari kalangan keluarga, orang awam, pelancong akan melawat tamu tersebut untuk membeli barangan rumah, makanan, barangan cenderamata tradisional seperti beg tangan, gelang mutiara, gond dan bermacam-macam lagi. Ini kerana dikatakan banyak barangan di sana cukup unik kerana barangan dijual adalah hasil sulaman dan buatan tangan orang bumiputera Sabah yang asli dan tulen.

Gereja Katolik St Michael

St. Michael's Church is a Roman Catholic church in Donggongon, a town in the district of Penampang in the Malaysian state of Sabah. It is the oldest church in the district of Penampang and the second oldest stone church in Sabah.

Kampung Budaya Monsopiad

Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain